Posts

Resepi Cheeskut

Image
Assalamualaikum , hari ini kita belajar bagaimana untuk membuat cheeskut . 1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang. 2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut). 3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang. 4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut. 5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit. 6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut. Macam mana? Mudah ...

Sahabat

Image
Assalamualaikum Sahabat bagi saya sangat bermakna dalam hidup saya dia adalah orang yang akan bantu kita walaupun seteruk mana kita jatuh macam mana pun kita . Sepanjang saya hidup di UKM saya mempunyai seorang sahabat yang akan sentiasa memberi sokongan kepada saya . Nama dia Nazzatul Nadia Bt Ishak .

Sukan Sea

Image
Pada tahun ini sukan sea diadakan di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah untuk sukan sea . Baru baru ini saya baru sahaja menyertai sukarelawan sukan sea yang akan diadakan pada 19-31 Ogos . Sebelum sukan sea berlangsung kami harus menyertai khusus umum sukarelawan sukan sea dan juga khusus khas untuk menjadi sukarelawan sukan sea .

Citra Taekwondo

Image
Assalamualaikum Citra Taekwondo diadakan setiap hari isnin dan jumaat di mana pelajar citra diajar oleh Master Ester yang sangat berdedikasi . Kami dilatih dengan fitness yang sangat sempurna bagaimana asas taekwondo tekniknya dengan betul . " Apabila kita rasa lemah sebab itu saya bagi kamu semua fitness kerana power dan kekuatan sahaja tidak cukup walaupun kamu rasa kamu dah tidak mampu lagi " kata Master Ester yang sentiasa membuatkan saya rasa tabah untuk setiap halangan .

Last Meeting Bmart

Image
Assalamualaikum semuaaaaa Okay ini merupakan kali terakhir perjumpaan untuk ahli kelab keusahawanan sebelum rabu ini merupakan dinner Kelab Keusahawanan . Ahli kelab ini telah saya anggap seperti keluarga saya sendiri di UKM . Mereka akan sentiasa membuatkan saya ketawa walaupun ketika itu saya menghadapi masalah , merekalah penghibur hati . Saya tidak pernah terfikir akan jatuh sayang dengan kelab ini . Sedikit sahaja waktu bersama mereka kerana selepas ini tidak ada lagi Jaga kedai sama sama buat aktiviti sama sama main sama sama ketawa sama sama . Semoga ukhuwah ini sentiasa berkekalan selamanya .

ABADI

Image
Assalamualaikum semua Hari ini kita cerita pasal ABADI , akhirnya tibalah masa yang dinantikan selama satu sem ini iaitu pada 13 Mei 2017 merupakan hari yang paling bermakna bagi semua ajk ABADI yang menguruskan makan malam kolej tersebut . Sebagai seorang ajk , kita mungkin tiada peluang untuk makan dan duduk di kerusi seperti tetamu yang datang kerana ini program kita . Makan malam ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun tugas sebagai post Pemasaran sudah tiada lagi tugas yang perlu dibuat kerana hari makan malam tersebut telah tiba . Kami telah membuat persiapan selama hampir satu sem dengan pelbagai halangan yang dihadapi tetapi akhirnya berasa puas apabila makan malam tersebut berjaya dengan sempurna .Saya sebagai ajk Pemasaran Yang tiada tugas pada hari kejadian  telah memberi bantuan kepada ajk TTK untuk menghias dectar tersebut . Seawal jam 7 pagi kami berada di Dectar membuat persiapan terakhir , tepat 4 petang semua persiapan telah siap sedia . ...

Dinner Sukem

Assalamualaikum semua . Dinner Sukem merupakan dinner untuk menghargai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh atlet-atlet yang telah berjasa kepada kolej . Dinner ini diuruskan oleh Biro Sukan Dan Rekreasi , dinner ini sangat menghiburkan dan yang paling penting makanan yang disediakan adalah sangat sedap .