Resepi Cheeskut
Assalamualaikum , hari ini kita belajar bagaimana untuk membuat cheeskut .
1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang.
2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut).
3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang.
4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut.
5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit.
6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut.
Macam mana? Mudah je kan resepi cheesekut yang cik tom kongsikan kali ni. Kalau rajin buat boleh amik open order kat ofis tau. Shida pernah amik order buat cheesekut ni. Memang berbaloi. Ni salah satu cara nak cari sideincome dari rumah jugak.
Selamat mencuba resepi cheesekut mudah dan sedap!
Comments
Post a Comment