ABADI

Assalamualaikum semua




Hari ini kita cerita pasal ABADI , akhirnya tibalah masa yang dinantikan selama satu sem ini iaitu pada 13 Mei 2017 merupakan hari yang paling bermakna bagi semua ajk ABADI yang menguruskan makan malam kolej tersebut . Sebagai seorang ajk , kita mungkin tiada peluang untuk makan dan duduk di kerusi seperti tetamu yang datang kerana ini program kita . Makan malam ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun tugas sebagai post Pemasaran sudah tiada lagi tugas yang perlu dibuat kerana hari makan malam tersebut telah tiba .

Kami telah membuat persiapan selama hampir satu sem dengan pelbagai halangan yang dihadapi tetapi akhirnya berasa puas apabila makan malam tersebut berjaya dengan sempurna .Saya sebagai ajk Pemasaran Yang tiada tugas pada hari kejadian  telah memberi bantuan kepada ajk TTK untuk menghias dectar tersebut . Seawal jam 7 pagi kami berada di Dectar membuat persiapan terakhir , tepat 4 petang semua persiapan telah siap sedia .
Pada malam itu saya bertanggungjawap menjadi runner untuk mencari penerima anugerah .

Kami belajar banyak perkara melalui program ini , kita melihat sesuatu program jika dijalankan banyak kekurangan kita selalu bercakap mengenainya tanpa terfikir bagaimana susahnya untuk menjayakan program tersebut samalah seperti makan malam kolej ini , banyak yang perlu dipelajari banyak juga yang perlu dikorbankan.  Saya perolehi banyak pengalaman dan sesuatu yang baru sepanjang terlibat dengan makan malam kolej ini .


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheeskut

Siapa kenal ? 😂