Interhouse

Assalamualaikum semua 👋👋




Interhouse merupakan pertandingan antara rumah sukan Kolej Aminuddin Baki yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KAB . Terdapat 5 rumah sukan iaitu merah , oren , kelabu , coklat dan hijau . Interhouse tersebut memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar dan sekaligus mencungkil bakat seseorang dalam sukan . Sukan yang dianjurkan ialah bola tampar , bola jaring , bola sepak dan futsal . Saya juga tidak ketinggalan untuk turun padang menyertai pertandingan ini seperti bola jaring , bola tampar dan futsal perempuan . Saya telah mencabar diri saya untuk bermain permainan bola tampar yang tidak pernah saya main untuk pertandingan sebelum ini . Walaupun sedikit malu kerana tidak pandai bermain tetapi saya cuba semampu saya . Gambar diatas adalah gambar team saya kelihatan sedikit kerana yang lain telah menghilangkan diri mereka hehehe . Sekian daripada saya 💕


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheeskut

ABADI

Siapa kenal ? 😂