Kelab Keusahawanan KAB

Assalamualaikum semua 😊💕

Apa itu Kelab Keusahawanan KAB ? okay pada mulanya saya berpandang ini cuma merupakan kelab biasa-biasa yang macam selalu kita lihat kelab kelab keusahawanan buat saya pun mendaftarlah nama untuk menjadi ahli pada minggu MMM tetapi saya tidak tahu bahawa bukan semua akan diserap masuk begitu sahaja . Kelab ini merupakan kelab yang ditemu duga terlebih dahulu sekiranya ingin turut serta , saya pun memberanikan diri yang sangat takut dengan perkataan " temu duga " tersebut hehehe . Temuduga untuk kelab ini dijalankan pada waktu malam dan soalan soalan yang ditanya pun boleh dikatakan mengerunkan jugalah hehehe . Setelah seminggu berlalu saya dimaklumkan yang saya telah berjaya menjadi ahli kelab tersebut . Kelab ini mengasah bakat dan minat pelajar dalam bidang keusahawanan seperti kami diberi dua kedai iaitu satu kedai serbaneka dan satu lagi kedai fotostat yang dikendalikan oleh ahli kelab tersebut tanpa apa apa bayaran yang diberikan malah kelab ini juga turut serta dalam membuka gerai sekiranya terdapat program program seperti SUKEM dan bermacam macam lagi . Kelab keusahawanan ini memerlukan ahli yang boleh memberi komitment tinggi terhadap perniagaan yang dijalankan dan ia menagajar kita cara untuk berkomunikasi dengan berkesan sekiranya berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam dan kerenah . Sekiranya ingin mengenali dengan lebih lanjut tentang kelab keusahawanan KAB ini terdapat pages mengenai kelab tersebut dan semua aktiviti yang dijalankan ini merupakan link pages kelab tersebut " https://www.facebook.com/I-love-Bmart-Kab-1489315111348280/, " bagaimana untuk mempromosikan barang juga diajar untuk menarik lagi ramai pelanggan seperti mengadakan cabutan bertuah sekiranya membeli atas harga RM10 kecuali topap dan bermacam macam lagi aktiviti . Kelab ini sentiasa diberi penghargaan oleh CESMET dan merupakan kelab keusahawanan yang paling aktif . Selain itu , hasil daripada jualan kelab ini juga membantu sedikit sebanyak program program besar kolej seperti AYEC yang disertai oleh pelajar pelajar asia .


Kelab Keusahawanan KAB dikendalikan oleh pelajar tahun 1 KAB yang seramai 47 orang ahlinya , pada mulanya semua ahli tidaklah serapat atau kenal antara satu sama lain tetapi Majlis Tertinggi Kelab ini telah mengadakan Hari Induksi BMART untuk membuat bonding antara ahlinya kerana kita lebih seronok berkerja sekiranya apabila kita lebih mengenali antara satu sama lain . Antara aktiviti yang dijalankan ialah kami perlu membuat gaya tersendiri untuk mengenali nama tuan gaya tersebut , kami juga dipecahkan mengikut kumpulan untuk melalukan beberapa aktiviti LDK yang telah ditetapkan dan pertandingan yang hadiahnya adalah sangat lumanyan . Apa yang saya perolehi daripada induksi ini adalah semangat sepasukan dan yang paling penting kita perlu berani untuk berhadapan dengan orang yang baru kita kenali tidak perlu malu kerana semua adalah sama sahaja mempunyai perasaan takut pada mulanya .















Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheeskut

ABADI

Siapa kenal ? 😂