Perbarisan 1Malaysia

Hi semua dan Assalamualaikum

Pertandingan yang pertama saya sertai di UKM adalah Perbarisan 1Malaysia di mana kesemua 12 kolej yang ada di UKM perlu menghantar wakil untuk pertandingan ini . Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua biro di kolej saya , saya merupakan penghuni kolej kediaman Kolej Aminuddin Baki . Persediaan untuk pertandingan ini kami lakukan setiap malam selepas solat isyak sehinggalah dalam lingkungan jam 3 pagi latihan yang kami lakukan untuk membuat persediaan pertandingan Perbarisan 1Malaysia ini . Kami semua korbankan masa tidur dan menyumbangkan tenaga semampu kami untuk merangkul kemenangan dan mengharumkan nama kolej kami . Tibalah masa yang dinanti nantikan di mana berlangsungnya pertandingan tersebut pada mulanya kami berasa sangat sedih ketika nama pemenang pemenang diberitahu kerana nama kolej kami tidak naik dan tidak disebut sebagai pemenang sehinggalah Anugerah Busana Terbaik dapat kami miliki pada malam tersebut , tanpa disangka kami sekaligus telah merangkul tempat ketiga untuk pertandingang Perbarisan 1 Malaysia , semua tersenyum dan bersorok kegembiraan apabila mendengar pengumuman tersebut diumukan kerana semangat dan pengorbanan kami akhirnya mendatangkan hasil . Mungkin kami tidak sehebat kolej yang menjadi johan pada malam tersebut cukuplah kami tahu yang kami semua telah melakukan sebaik dan terbaik yang kami mampu berikan untuk pertandingan ini . Usaha itu lebih penting daripada kemenangan itu yang saya pelajari dari pertandingan ini 💕











Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheeskut

ABADI

Siapa kenal ? 😂