Santai Srikandi Kebangsaan




Assalamualaikum

Baru-baru ini saya telah pergi ke kem yang diadakan di Iman D'Semungkis yang dianjurkan oleh Srikandi Kebangsaan yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan hubungan yang erat antara ahli Srikandi Kebangsaan dan juga untuk menghilangkan tekanan .

Kem ini merupakan kem yang paling santai yang pernah saya pergi kerana kem ini tidak mengikat kita dengan masa kerana nama pun kem santai hehehehe.  Lebih mendekatkan kita dengan orang kita tidak kenal selama ini walaupun dah lama menjadi ahli Srikandi .

Pada hari pertama kami sampai dalam pukul 7 , sesampai sahaja disana kami disuruh makan dan bersiap kerana jam 9 kena berkumpul di dewan . Pada jam 9 , aktivitinya adalah ice breaking sehinggalah jam 11 malam . Peserta dalam 23 orang disuruh untuk memperkenalkan diri dengan emosi yang berbeza . Sesudah itu , suatu permainan dijalankan untuk membentuk kumpulan . Dalam kumpulan perlu bina satu sorakkan dan nyanyian untuk kumpulan masing masing .

Pada hari kedua , tepat jam 7 pagi senaman pagi telah dilakukan sesudah senaman pagi kami disuruh untuk bersarapan . Selepas bersarapan kami mempunyai aktiviti LDK . LDK 1 merupakan permainan dimana diberi satu kertas mahjong dan kertas itu perlu kami berdiri diatasnya semakin lama semakin kecil kertas tersebut dan setiap kertas itu diubah ahli kumpulan perlu membuat suatu perkara . LDK 1 ini bertujuan untuk kita lebih peka terhadap arahan yang diberi . Seterusnya , LDK 2 aktivitinya ialah kami perlu menutup mata setiap ahli kumpulan mempunyai 4orang ahli . Setiap ahli perlu menutup mata kecuali orang yang paling belakang dan kami perlu berjalan sambil mendengar arahan daripada orang dibelakang bagaimana untuk meletakkan bola ping pong ditempat cawan yang disorokkan . LDK yang terakhir adalah yang paling menarik iaitu dengan mengikat giliran untuk melihat lukisan dan kita perlu melukis apa yang kita lihat , orang pertama diberi 10 saat untuk melihat lukisan tersebut dan makin lama makin singkat masa yang diberi tanpa kami sedari setiap kumpulan mempunyai seorang ahli yang sabotaj lukisan tersebut . Ini memberi kita pengajaran bahawa setiap organisasi kita perlu berhati hati dengan setiap orang jangan mudah untuk percaya dan memberi kepercayaan . Paling penting yakin dengan rasa hati kita sendiri . Pada belah malam pula aktivitinya adalah BBQ 😏

Pada esok harinya kami bergambar dan bersedia untuk balik .

Kem ini sangat memberi ketenangan dan banyak yang saya dapat input dari kem ini . Okay itu sahaja daripada saya . Terima Kasih semua 😊

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheeskut

ABADI

Siapa kenal ? 😂