Apabila mempunyai masa lapang inilah kerjanya . Mari kita bersenam dan bermain untuk menghilangkan tekanan . Bersukan adalah cara yang natural dan berkesan untuk menenangkan diri kita .
Assalamualaikum , hari ini kita belajar bagaimana untuk membuat cheeskut . 1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang. 2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut). 3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang. 4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut. 5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit. 6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut. Macam mana? Mudah ...
Assalamualaikum semua Hari ini kita cerita pasal ABADI , akhirnya tibalah masa yang dinantikan selama satu sem ini iaitu pada 13 Mei 2017 merupakan hari yang paling bermakna bagi semua ajk ABADI yang menguruskan makan malam kolej tersebut . Sebagai seorang ajk , kita mungkin tiada peluang untuk makan dan duduk di kerusi seperti tetamu yang datang kerana ini program kita . Makan malam ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun tugas sebagai post Pemasaran sudah tiada lagi tugas yang perlu dibuat kerana hari makan malam tersebut telah tiba . Kami telah membuat persiapan selama hampir satu sem dengan pelbagai halangan yang dihadapi tetapi akhirnya berasa puas apabila makan malam tersebut berjaya dengan sempurna .Saya sebagai ajk Pemasaran Yang tiada tugas pada hari kejadian telah memberi bantuan kepada ajk TTK untuk menghias dectar tersebut . Seawal jam 7 pagi kami berada di Dectar membuat persiapan terakhir , tepat 4 petang semua persiapan telah siap sedia . ...
Assalamualaikum dan hi semua 😊 Post pertama ini bagi saya peluang dan laluan untuk saya memperkenalkan diri saya dengan lebih dekat lagi . Okay nama diberi Noor Sherina Mohd Azri berumur 20 tahun pada 30 ogos 2017 . Saya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik , saya tinggal di Puchong , Kuala Lumpur . Sebelum ini saya belajar di SMK Batu Lapan dan meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perak dan sekarang di Universiti Kebangsaan Malaysia . Saya seorang yang bercita cita untuk menjadi seorang professional akauntan yang berjaya suatu hari nanti dan sekarang saya baru mencapai satu langkah ke arah itu apabila diberi tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akaun untuk sem yang akan datang . Saya seorang yang bila dipandang untuk kali pertama semua akan cakap saya seorang yang sombong bukan sombong sebenarnya tetapi saya seorang yang sangat peramah dan banyak cakap apabila dah kenal lama . Mungkin muka yang tak pandai nak senyum membuat orang beranggapan beg...
Comments
Post a Comment