SUKEM
Assalamualaikum semua
Okay sekarang nak cerita pasal SUKEM yang lepas , saya wakil untuk SUKEM Frisbee . Semua tau pasal Frisbee ? Pasal sukan ini ? Sukan Frisbee tidaklah popular mana di Malaysia dan sejujurnya saya pun baru tahu mengenai sukan ini apabila saya mengambil Citra C6 iaitu Ultimate Frisbee . Melalui citra tersebut saya belajar asas Frisbee dan baru baru ini SUKEM untuk pertama kalinya menganjurkan SUKEM ULTIMATE FRISBEE untuk pertama kalinya yang sebelum ini tidak pernah dipertandingkan . Saya wakil kolej untuk SUKEM Frisbee dengan tidak ada asas permainan sebenar dan pengalaman bermain .
Kami berlatih selama sebulan lebih kurang untuk persiapan SUKEM setiap petang kami lakukan latihan yang diajari oleh senior kami sendiri tahun 2 yang merupakan salah seorang pelajar citra Asas Ultimate Frisbee sebelum ini iaitu lebih dikenali dengan nama Abg Ash . Merupakan seorang jurulatih yang sangat sabar dan berkemahiran dalam sukan uni kerana perlu mengajar kami dari asas sehinggalah kami pandai bermain dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bermain .
Pada hari pertandingan , kami mempunyai persaing yang sangat sengit walaupun ini merupakan SUKEM Frisbee yang pertama diadakan di UKM . Kami tidaklah bernasib baik kerana kami kalah dalam pertandingan tersebut tetapi kami tidak kecewa kerana kami dari tidak pandai asas mengenai sukan uni sehinggalah sekarang boleh bermain setaraf dengan mereka . Pengalaman yang baru saya perolehi ini merupakan sangat berharga buat diri saya kerana tanpa ilmu baru dan pengetahuan baru kita mungkin tidak akan berkembang . Akhirnya sukan ini menjadi sukan yang paling saya gemari dan menjadi hobi saya pada waktu lapang .

dok penang ramai mmber ajak main frisbee..balik terangganu....sedih kalu nk cerita...rindu giler nak main natang tu
ReplyDelete