Posts

Showing posts from May, 2017

Resepi Cheeskut

Image
Assalamualaikum , hari ini kita belajar bagaimana untuk membuat cheeskut . 1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat dan sedikit susu kotak (2 sudu) dan gaulkan sebati. Kemudian pukul sampai kembang (jadi cream).Guna mixer lagi cepat dan senang. 2. Pastu, sediakan bekas acuan (prefer yang berbentuk empat segi supaya senang nak susun biskut). 3. Celup biskut ke dalam susu kotak HL (untuk lembapkan biskut) dan susun ke dalam bekas acuan. Kalau ada lubang2 kecil, patah2kan biskut dan isi sampai penuh dan tutup semua lubang. 4. Kemudian sapukan cream cheese (Step 1) diatas biskut yang disusun. Taburkan nestume di atas lapisan cream cheese. Korang ulang la lapisan tu mengikut aturannya iaitu biskut, cream cheese dan nestum. Berapa lapis? Ikut suka tapi suggestion 4 lapis biskut. 5. Lapisan paling akhir@atas sekali lagi better korang letak cream cheese tebal sikit. 6. Dah siap. Simpan dalam peti semalaman dan esok boleh la menjamu cheesekut. Macam mana? Mudah ...

Sahabat

Image
Assalamualaikum Sahabat bagi saya sangat bermakna dalam hidup saya dia adalah orang yang akan bantu kita walaupun seteruk mana kita jatuh macam mana pun kita . Sepanjang saya hidup di UKM saya mempunyai seorang sahabat yang akan sentiasa memberi sokongan kepada saya . Nama dia Nazzatul Nadia Bt Ishak .

Sukan Sea

Image
Pada tahun ini sukan sea diadakan di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah untuk sukan sea . Baru baru ini saya baru sahaja menyertai sukarelawan sukan sea yang akan diadakan pada 19-31 Ogos . Sebelum sukan sea berlangsung kami harus menyertai khusus umum sukarelawan sukan sea dan juga khusus khas untuk menjadi sukarelawan sukan sea .

Citra Taekwondo

Image
Assalamualaikum Citra Taekwondo diadakan setiap hari isnin dan jumaat di mana pelajar citra diajar oleh Master Ester yang sangat berdedikasi . Kami dilatih dengan fitness yang sangat sempurna bagaimana asas taekwondo tekniknya dengan betul . " Apabila kita rasa lemah sebab itu saya bagi kamu semua fitness kerana power dan kekuatan sahaja tidak cukup walaupun kamu rasa kamu dah tidak mampu lagi " kata Master Ester yang sentiasa membuatkan saya rasa tabah untuk setiap halangan .

Last Meeting Bmart

Image
Assalamualaikum semuaaaaa Okay ini merupakan kali terakhir perjumpaan untuk ahli kelab keusahawanan sebelum rabu ini merupakan dinner Kelab Keusahawanan . Ahli kelab ini telah saya anggap seperti keluarga saya sendiri di UKM . Mereka akan sentiasa membuatkan saya ketawa walaupun ketika itu saya menghadapi masalah , merekalah penghibur hati . Saya tidak pernah terfikir akan jatuh sayang dengan kelab ini . Sedikit sahaja waktu bersama mereka kerana selepas ini tidak ada lagi Jaga kedai sama sama buat aktiviti sama sama main sama sama ketawa sama sama . Semoga ukhuwah ini sentiasa berkekalan selamanya .

ABADI

Image
Assalamualaikum semua Hari ini kita cerita pasal ABADI , akhirnya tibalah masa yang dinantikan selama satu sem ini iaitu pada 13 Mei 2017 merupakan hari yang paling bermakna bagi semua ajk ABADI yang menguruskan makan malam kolej tersebut . Sebagai seorang ajk , kita mungkin tiada peluang untuk makan dan duduk di kerusi seperti tetamu yang datang kerana ini program kita . Makan malam ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya walaupun tugas sebagai post Pemasaran sudah tiada lagi tugas yang perlu dibuat kerana hari makan malam tersebut telah tiba . Kami telah membuat persiapan selama hampir satu sem dengan pelbagai halangan yang dihadapi tetapi akhirnya berasa puas apabila makan malam tersebut berjaya dengan sempurna .Saya sebagai ajk Pemasaran Yang tiada tugas pada hari kejadian  telah memberi bantuan kepada ajk TTK untuk menghias dectar tersebut . Seawal jam 7 pagi kami berada di Dectar membuat persiapan terakhir , tepat 4 petang semua persiapan telah siap sedia . ...

Dinner Sukem

Assalamualaikum semua . Dinner Sukem merupakan dinner untuk menghargai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh atlet-atlet yang telah berjasa kepada kolej . Dinner ini diuruskan oleh Biro Sukan Dan Rekreasi , dinner ini sangat menghiburkan dan yang paling penting makanan yang disediakan adalah sangat sedap .

Team Baksis Terengganu FEP

Image
Assalamualaikum dan hi semua Pada 28 April hingga 1Mei lalu saya telah mengikuti program TEAM BAKSIS TERENGGANU yang dianjurkan oleh PMFEP yang diadakan di Kerteh iaitu melibatkan tiga buah kampung seperti kampung gelugor , kampung tengah dan kampung telaga papan . Program ini adalah program anak angkat di mana kesemua pelajar yang mengikuti program ini diberi keluarga angkat masing masing . Pada hari pertama hanyalah diagihkan kepada keluarga angkat masing masing dan mengenali mereka dengan lebih dekat . Pada belah malamnya diadakan Ice Breaking untuk para peserta sahaja di Dewan Sivik , Kerteh . Pada hari kedua pula pagi itu diadakan senaman pagi di tepi pantai yang sangat indah . Sesudah selesai senaman , kami bergotong royong di masjid kampung telaga papan dan pergi menziarahi keluarga asnaf untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka . Pada hari ketiga , kami mengadakan aktiviti Baksis bersama pihak sekolah seri gelugor . Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu gotong royon...

Resepi Kek Coklat Moist 🍰🍫

Image
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan ) 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 4 biji telur 1 sudu esen vanilla Cara-cara Menyediakan  Kek Coklat Kukus Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam  periuk atau  kuali.Masak  atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan  perlahan  supaya ia larut  dengan sekata. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda  bikarbonat. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan  telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimas...

Sentiasa menjadi kegemaran

Apabila mempunyai masa lapang inilah kerjanya . Mari kita bersenam dan bermain untuk menghilangkan tekanan . Bersukan adalah cara yang natural dan berkesan untuk menenangkan diri kita .

Santai Srikandi Kebangsaan

Image
Assalamualaikum Baru-baru ini saya telah pergi ke kem yang diadakan di Iman D'Semungkis yang dianjurkan oleh Srikandi Kebangsaan yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dan hubungan yang erat antara ahli Srikandi Kebangsaan dan juga untuk menghilangkan tekanan . Kem ini merupakan kem yang paling santai yang pernah saya pergi kerana kem ini tidak mengikat kita dengan masa kerana nama pun kem santai hehehehe.  Lebih mendekatkan kita dengan orang kita tidak kenal selama ini walaupun dah lama menjadi ahli Srikandi . Pada hari pertama kami sampai dalam pukul 7 , sesampai sahaja disana kami disuruh makan dan bersiap kerana jam 9 kena berkumpul di dewan . Pada jam 9 , aktivitinya adalah ice breaking sehinggalah jam 11 malam . Peserta dalam 23 orang disuruh untuk memperkenalkan diri dengan emosi yang berbeza . Sesudah itu , suatu permainan dijalankan untuk membentuk kumpulan . Dalam kumpulan perlu bina satu sorakkan dan nyanyian untuk kumpulan masing masing . Pada hari kedua ,...

Post Pemasaran Abadi

Image
Assalamualaikum Hi semua , okay ABADI ? Apa itu ABADI ? ABADI adalah dinner kolej yang dikendalikan oleh pelajar kolej KAB . Saya merupakan post Pemasaran untuk program ini . Post Pemasaran adalah post yang bertanggungjawap mencari dana untuk program ini . Apa yang kami lakukan untuk mencari dana ? Perkhidmatan Servis Cuci Rumah Street Marketing Buku Cenderamata Jualan Cookies Jualan Jeruk Membuka Gerai Bukan senang untuk mencari dana untuk sesuatu program untuk menjayakan program tersebut . Sinilah saya belajar bertapa susahnya mencari dana bagaimana bermacam macam halangan yang perlu dihadapi . Kita cuma boleh bertahan sekiranya kita bersatu dan tidak mudah berputus asa. Program beginilah yang akan banyak memberi kita pengalaman. 

AGM BSMM

Image
Assalamualaikum untuk semua 😊 Apabila suatu tanggungjawab telah diberi kepercayaan kepada diri kami ini untuk dipikul . Alhamdulillah tidak pernah terlintas untuk menjadi salah seorang Top 12 BSMM Dect 88B tetapi telah diberi kerpercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa Undang-undang Kemanusian Antarabangsa untuk sesi 2017/2018 . Saya sedar dan takut sebab ilmu mengenai BSMM tidak sehebat orang lain tetapi insyaAllah akan terus belajar untuk jadi yang terbaik untuk BSMM Dect 88B.

SUKEM

Assalamualaikum semua Okay sekarang nak cerita pasal SUKEM yang lepas , saya wakil untuk SUKEM Frisbee . Semua tau pasal Frisbee ? Pasal sukan ini ? Sukan Frisbee tidaklah popular mana di Malaysia dan sejujurnya saya pun baru tahu mengenai sukan ini apabila saya mengambil Citra C6 iaitu Ultimate Frisbee . Melalui citra tersebut saya belajar asas Frisbee dan baru baru ini SUKEM untuk pertama kalinya menganjurkan SUKEM ULTIMATE FRISBEE untuk pertama kalinya yang sebelum ini tidak pernah dipertandingkan . Saya wakil kolej untuk SUKEM Frisbee dengan tidak ada asas permainan sebenar dan pengalaman bermain . Kami berlatih selama sebulan lebih kurang untuk persiapan SUKEM setiap petang kami lakukan latihan yang diajari oleh senior kami sendiri tahun 2 yang merupakan salah seorang pelajar citra Asas Ultimate Frisbee sebelum ini iaitu lebih dikenali dengan nama Abg Ash . Merupakan seorang jurulatih yang sangat sabar dan berkemahiran dalam sukan uni kerana  perlu mengajar kami dari asas...

Ultimate Frisbee

Image
Ultimate , originally known as  ultimate frisbee , is a non-contact team sport originally played by players with a  flying disc  (frisbee). The term  frisbee , often used to generically describe all flying discs, is a registered trademark of the Wham-O toy company, and thus, though still extremely common in casual usage, the sport is not officially called "ultimate frisbee". Points are scored by passing the disc to a teammate in the opposing  end zone . Other basic rules are that players must not take steps while holding the disc, and interceptions, incomplete passes, and passes out of bounds are turnovers. Rain, wind, or occasionally other adversities can make for a testing match with rapid turnovers, heightening the pressure of play. From its beginnings in the American  counterculture of the late 1960s , ultimate has resisted empowering any referee with rule enforcement, instead relying on the sportsmanship of players and invoking the "spirit o...

Interhouse

Image
Assalamualaikum semua 👋👋 Interhouse merupakan pertandingan antara rumah sukan Kolej Aminuddin Baki yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KAB . Terdapat 5 rumah sukan iaitu merah , oren , kelabu , coklat dan hijau . Interhouse tersebut memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar dan sekaligus mencungkil bakat seseorang dalam sukan . Sukan yang dianjurkan ialah bola tampar , bola jaring , bola sepak dan futsal . Saya juga tidak ketinggalan untuk turun padang menyertai pertandingan ini seperti bola jaring , bola tampar dan futsal perempuan . Saya telah mencabar diri saya untuk bermain permainan bola tampar yang tidak pernah saya main untuk pertandingan sebelum ini . Walaupun sedikit malu kerana tidak pandai bermain tetapi saya cuba semampu saya . Gambar diatas adalah gambar team saya kelihatan sedikit kerana yang lain telah menghilangkan diri mereka hehehe . Sekian daripada saya 💕

Perbarisan 1Malaysia

Image
Hi semua dan Assalamualaikum Pertandingan yang pertama saya sertai di UKM adalah Perbarisan 1Malaysia di mana kesemua 12 kolej yang ada di UKM perlu menghantar wakil untuk pertandingan ini . Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua biro di kolej saya , saya merupakan penghuni kolej kediaman Kolej Aminuddin Baki . Persediaan untuk pertandingan ini kami lakukan setiap malam selepas solat isyak sehinggalah dalam lingkungan jam 3 pagi latihan yang kami lakukan untuk membuat persediaan pertandingan Perbarisan 1Malaysia ini . Kami semua korbankan masa tidur dan menyumbangkan tenaga semampu kami untuk merangkul kemenangan dan mengharumkan nama kolej kami . Tibalah masa yang dinanti nantikan di mana berlangsungnya pertandingan tersebut pada mulanya kami berasa sangat sedih ketika nama pemenang pemenang diberitahu kerana nama kolej kami tidak naik dan tidak disebut sebagai pemenang sehinggalah Anugerah Busana Terbaik dapat kami miliki pada malam tersebut , tanpa ...

Kelab Keusahawanan KAB

Image
Assalamualaikum semua 😊💕 Apa itu Kelab Keusahawanan KAB ? okay pada mulanya saya berpandang ini cuma merupakan kelab biasa-biasa yang macam selalu kita lihat kelab kelab keusahawanan buat saya pun mendaftarlah nama untuk menjadi ahli pada minggu MMM tetapi saya tidak tahu bahawa bukan semua akan diserap masuk begitu sahaja . Kelab ini merupakan kelab yang ditemu duga terlebih dahulu sekiranya ingin turut serta , saya pun memberanikan diri yang sangat takut dengan perkataan " temu duga " tersebut hehehe . Temuduga untuk kelab ini dijalankan pada waktu malam dan soalan soalan yang ditanya pun boleh dikatakan mengerunkan jugalah hehehe . Setelah seminggu berlalu saya dimaklumkan yang saya telah berjaya menjadi ahli kelab tersebut . Kelab ini mengasah bakat dan minat pelajar dalam bidang keusahawanan seperti kami diberi dua kedai iaitu satu kedai serbaneka dan satu lagi kedai fotostat yang dikendalikan oleh ahli kelab tersebut tanpa apa apa bayaran yang diberikan malah kelab ...

Minggu Mesra Mahasiswa

Image
Assalamualaikum Hi semua , mari kita bercerita sikit mengenai Minggu Mesra Mahasiswa yang saya telah lalui ia merupakan minggu di mana pelajar baru tahun 1 yang baru masuk di alam kehidupan Universiti diberi pendedahan dan maklumat mengenai Universiti tersebut . Okay saya juga merupakan pelajar tahun 1 yang baru masuk pada 28 Ogos 2016 di Universiti Kebangsaan Malaysia .MMM dalam perkataan singkatnya berlangsung selama seminggu, pada mulanya saya berasa takut dan gelisah pada awalnya kerana kehidupan yang baru yang akan saya lalui dan semua orang tahu bahawa minggu yang MMM kami sangatlah takut untuk dibuli oleh senior senior hehehe alhamdulillah perkara tersebut tidak berlaku terhadap kami semua . Setelah mendaftar di fakulti dan kolej , saya terus menuju ke bilik yang ditetapkan untuk saya . Saya terkejut kerana saya merupakan orang terakhir yang datang ke bilik tersebut kerana kesemua housemate saya telah pun mengemas barang mereka dan bersedia untuk pergi ke taklimat yang akan di...

Siapa kenal ? 😂

Image
Assalamualaikum dan hi semua 😊 Post pertama ini bagi saya peluang dan laluan untuk saya memperkenalkan diri saya dengan lebih dekat lagi . Okay nama diberi Noor Sherina Mohd Azri berumur 20 tahun pada 30 ogos 2017 . Saya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik , saya tinggal di Puchong , Kuala Lumpur . Sebelum ini saya belajar di SMK Batu Lapan dan meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perak dan sekarang di Universiti Kebangsaan Malaysia . Saya seorang yang bercita cita untuk menjadi seorang professional akauntan yang berjaya suatu hari nanti dan sekarang saya baru mencapai satu langkah ke arah itu apabila diberi tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akaun untuk sem yang akan datang . Saya seorang yang bila dipandang untuk kali pertama semua akan cakap saya seorang yang sombong bukan sombong sebenarnya tetapi saya seorang yang sangat peramah dan banyak cakap apabila dah kenal lama . Mungkin muka yang tak pandai nak senyum membuat orang beranggapan beg...